join admya di FB

Episode 22 Lafazkan Kalimah Cintamu

Ep 22


Tengku Aqilah melakukan kesilapan besar gara-gara Tasha!

Tengku Ryan Ameer yang sedang memandu itu sesekali melirik ke arah isterinya. Dia melihat air mata isterinya tidak berhenti mengalir.
“Sayang, janganlah macam ni. Abang takut papa tak ada apa-apa, Qila pulak yang sakit.”
Tengku Aqilah yang sibuk mengelap air matanya hanya mengerling sekilas pada suaminya.
“Biarlah kalau Qila sakit pun, abang bukannya kisah pun kan,” suman Tengku Aqilah pula.
Jelas kedengaran Tengku Ryan Ameer melepaskan nafasnya. “Apa yang Qila merepek n? Kalau abang tak kisah, abang tak kan balik secepat mungkin macam ni tau, sebab abang fikirkan Qilalah abang tinggalkan aje kerja abang. Abang risau kalau apa-apa terjadi pada sayang.”
Tengku Aqilah terus melemparkan pandangannya ke luar tingkap.
“Kisah ke atau rasa berslaah atau sebab Kak Tasha dah tak ada kat sana?”
Sebaik Tengku Aqilah menghabiskan ayatnya, Tengku Ryan Ameer pantas memberikan isyarat lalu keretanya terus diberhentikan di bahu jalan.
“Kenapa pulak berhenti, kita kan nak kena pergi hospital cepat, abang boleh tak jangan nak saktikan hati Qila lagi.” Tengku Aqilah sudah naik angina, wajah suaminya dipandang geram.
“Tapi Qila sedar tak kata-kata Qila tadi begitu menyakitkan hati abang. Abang nak kita selesaikan perkara ni sebelum kita pergi hospital,” bidas Tengku Ryan Ameer pula.
“Abang ni memang manusia yang pentingkan diri. Abang hanya nak Qila fikirkan mengenai hati dan perasaan abang tapi abang sendiri tak pernah peduli dengan hati dan perasaan Qila. Abang tipu Qila selama ni, abang kata abang tak ada apa-apa hubungan lagi dengan Kak Tasha tapi Tuhan dah tunjukkan semuanya.
Kalau abang tak ada hubungan dengan dia buat apa dia ada di sana? Dan kenapa dia yang perlu jawab telefon abang? Kalau abang tak sukakan Qila selama ni abang cakap, jangan kerana simpati pada Qila abang bagi pada Qila kasih yang palsu. Qila dah biasa bang, Qila dah biasa hidup tanpa kasih sayang. Tolonglah jangan buat Qila macam ni.” Tengku Aqilah sudah mula teresak.
Tengku Ryan Ameer sudah meramas rambutnya dengan wajah yang cukup tertekan, tubuh isterinya dibawa ke dalam pelukan.
“Ya Allah, macam mana lagi abang nak jelaskan sayang? Ya Allah, kalau Qila boleh belah hati abang ni alangkah bagusnya. Hanya ada Qila di hati ni sayang. Tolonglah percayakan abang… Tolonglah sayang…” Sebak suara Tengku Ryan Ameer menyakinkan isterinya.
Tengku Aqilah yang masih teresak-esak dalam pelukan suaminya bersuara, “Qila nak pergi hospital, Qila nak jumpa papa, please…”
Tengku Ryan Ameer sudah tidak terkata apa, kepala isterinya dicium berkali-kali sebelum dia menekan minyak membelah jalan raya.
Adakah Tengku Ryan Ameer sememangnya ikhlas menyayangi Tengku Aqilah selama ni? Jika ya, mengapa dia tergamak menduakan kasih pada isterinya? Adakah di kala ini dia sebenarnya dalam diema untuk memilih satu di antara dua beradik itu? Tidak mustahil cintanya pada Tengku Natasha masih lagi belum terpadam dan dalam masa yang sama cintanya pada Tengku Aqilah baru saja tumbuh mekar.
Tapi jika dilihat pada riak wajahnya sekarang, jelas yang dia begitu tertekan dengan perubahan mendadak isterinya itu. Adakah benar kini kasihnya hanya tertumpah pada isterinya sahaja? Alangkah mudahnya jika kita boleh membuat kesimpulan seperti Farhana, anggap sahaja Si Natasha yang menjadi dalangnya, kepala pun tak sakit kan?
Di kala Tengku Aqilah dan suaminya melangkah masuk ke dalam was papanya, dia melihat Farhana dan Azrul Botak sudah tiba, begitu juga Tengku Natasha dan Shafiq yang pergi mesyuarat berdua tadi turut berada di wad itu. Wajah Tengku Natasha sedikit berubah melihat kehadiran kekasihnya. Dia sangkakan Tengku Ryan Ameer masih lagi berada di Jepun di waktu ini. Dia mengeluh perlahan. Tengku Natasha yakin kepulangan Tengku Ryan Ameer pasti berkaitan perubahan isterinya yang secara tiba-tiba. Adakah begitu sekali kasihnya Tengku Ryan Ameer pada adiknya itu? Wajah adiknya yang sedang memeluk papanya dipandang.
Tengku Aqilah mencium dahi papanya. Air mata mula membasahi pipi, rasa sedih atas perbuatan suaminya dan melihat wajah pucat papanya berlagu menjadi satu.
“Maafkan Qila, pa… Qila tak jaga papa dengan elok. Semalam Qila asyik berkurung dalam bilik sampai ubat papa pun Qila tak jaga. Kalau jadi apa-apa pada papa, Qila tak kan maafkan diri Qila sampai bila-bila. Qila janji Qila tak akan biarkan papa lagi. Qila sayang papa… Qila hanya ada papa…”
Lain macam ayat yang dituturkan oleh Tengku Aqilah itu. Tengku Ryan Ameer sempat berbalas pandang dengan Tengku Natasha manakala Farhana sudah menggeleng perlahan.
Tengku Hisham mengusap lembut pipi anak bongsunya.
“Apa yang sayang cakap ni? Qila tahu kan, papa sayangkan Qila. Papa tak terlintas pun nak menyalahkan Qila. Papa faham Qila mungkin letih semalam tapi papa dah makan ubat pun. Entah macam mana pagi tadi papa rasa pitam, tapi tak adalah sampai pengsan macam yang maklumat Bong bagi pada semua orang.”
“Emm, kalau Kak Bong yang bagi maklumat memang kena tapis dulu Pak Engku. Wartawan tak bertauliah macam tu la. Kalau Kak Bong tu dihantar buat laporan di tempat kemalanagan memang semua orang yang terlibat tu dilaporkan mati,” sampuk Farhana tiba-tiba.
Semua yang berada di situ sudah ketawa melainkan Si Natasha sahaja. Dia ni, tak tahu ketawa ke atau minda lemah sangat nak faham cerita atau cerita tu tak ada class pada dia. Maklumlah cerita pasal musuh dia. Patutlah pun…
“Cantiklah anak papa hari ni. Yalah pagi tadi papa tak sempat jumpa Qila. Masa papa bangun, Bong kata Qila pagi-pagi lagi dah pergi kerja, papa suka Qila pakai baju macam ni, ayu sungguh papa nampak.”
Tengku Natasha sudah membuat muka menyampahnya dan Farhana perasan akan wajah cemburu itu.
“Isyh, Pak Engku itu baru sikit. Kalau betul-betul dia touch up, angau lelaki menengok,” balas Farhana pula dengan niat untuk menyakitkan lagi hati Tengku Natasha walau tempiasnya turut terkena pada Tengku Ryan Ameer yang nampak agak kurang berkenan dengan ayat Farhana itu. Keningnya di kerutkan.
Shafiq Skema yang mendiamkan diri sedari tadi bolehkan pula bersuara, “Betullah Qila, tadi masa awak masuk, saya sampai tak kenal awak. Memang anggun betul. Cantik betul saya tengok awak pakai macam ni. Saya ni Pak Engku memang susah nak puji perempuan, tapi kalau saya dah puji tu memang ikhlas dari hati.”
Tengku Ryan Ameer yagn berdiri di sebelah isterinya sudah merenung semacam pada Shafiq. Makin kelat wajah Tengku Natasha dibuatnya.
Shafiq yang sememangnya ikhlas itu meneruskan lagi. “Bertuah Pak Engku dapat anak-anak perempuan cantik-cantik. Kata arwah Pak Engku Shim dulu, arwah isteri Pak Engku ni cantik, arwah lebih kurang iras Aqilah kan? Emm, maaflah Pak Engku kalau saya terlebih cakap.”
Tengku Hisham terus menggoyangkan tangannya.
“Tak ada, tak ada, betul apa yang Fiq cakap tu, sebab tu Pak Engku dapat rasakan arwah isteri Pak Engku begitu dekat dengan Pak Engku, dia bagaikan ada Bersama Aqilah.” Sebak kedengaran suara Tengku Hisham.
Tengku Aqilah sudah memegang erat tangan papanya dengan mata yang mula berkaca.
Rupanya dalam kesedihan bapa mentuanya itu, Tengku Ryan Ameer pula yang mula membara. Pujian Shafiq yang berlebihan pada isterinya itu bagaikan mencabar dirinya.
“Bukan papa aje bertuah Fiq, saya pun bertuah jugak sebab yang awak puji tu isteri saya, kan sayang?” Terus Tengku Ryan Ameer tanpa silu memeluk pinggang isterinya.
Tengku Aqilah mengerutkan sedikit wajahnya. Tengku Natasha sudah berpeluk tubuh dengan wajah yang begitu meluat seklai. Kenapa pulak Si Tasha ni nak marah, bukan ke dia yang beria-ia menyakinkan Tengku Aqilah yang hubungan dia dengan Tengku Ryan Ameer dah pun berakhir. Demi adiknya dia sanggup untuk mengalah. Tak kan perangai malaikat dia singgah sekejap aje kot, dah tumbuh balik ke dua tanduk kat kepala tu. Susah betullah perempuan ni…
“Emm, rasanya lebih baik kita tutup aje segmen kecantikan dan anda, kita kembali pada agenda yang sebenarnya, pasal papa. Kau setuju tak Ana?” Tengku Aqilah bersuara.
Tengku Hisham sudah tergelak begitu juga dengan yang lain kecuali Natasha lah kan. Farhana terus mengangguk namun Azrul Botak sempat lagi berbisik lembut di telinga kekasihnya itu.
“Kalau Ana, pakai kebaya macam Qila ni, mesti Anan pun nampak ayu.”
Farhana terus mendengus di dalam hati, jantan ni memang nak kena makan siku agaknya. Menyakitkan hati aku aje bila bercakap. Cantik sangatlah dengan badan aku yang gebu-gebu manja ni nak disuruh pakai kebaya. Isyh… kenapalah dia tak duduk aje terus kat Jepun?
Azrul Botak terus mengenyitkan mata sebaik Farhana menoleh padanya. Meluat betul Farhana melihatnya.
“Pa, Qila teman papa kat hospital malam ni ya,” ujar Tengku Aqilah lembut.
Belum sempat Tengku Hisham menjawab, Tengku Natasha menyampuk, “Tak apa, tak apa, biar Kak Tasha yang jaga papa. Lagipun Qila kena teman Ryan balik rumah, Ryan kan penat baru balik dari Jepun mesti dia nak rehat kan…”
Berdesing telinga Tengku Aqilah mendengarnya. Pelukan suaminya dileraikan, Tengku Aqilah terus duduk di atas katil papanya.
“Kalau macam tu, Kak Tashalah yang patut balik dengan Ryan.”
Berubah muka Tengku Ryan Ameer mendengar isterinya membahasakan namanya begitu.
“Sebab yang pergi Jepun you all berdua, mesti kedua-duanya penat kan? Qila dah terlebih tidur kat sini, abang baliklah dengan Kak Tasha. Qila nak jaga papa. Qila teman papa, ya pa?” jawab Tengku Aqilah dengan wajah yang cukup bersahaja.
Farhana sudah menggaru-garu kepalanya. Dia sudah mula dapat merasakan bahang-bahang perang yang hendak Meletus.
“Dah tu, tak payah nak bergaduh pasal siapa nak jaga papa. Tadi Doktor Saiful cakap, papa dah boleh balik tak perlu pun tidur kat sini. Baiklah pulak anak-anak papa ni,” celah Tengku Hisham namun tiba-tiba dia mengerutkan kembali keningnya.
“Ehh, Tasha pergi Jepun? Bukan Tasha kata Tasha pergi bercuti ke dengan papa hari tu?”
Tengku Ryan Ameer memandang isterinya dengan kepala yang digelengkan.
“Err… sebenarnya Tasha… Tasha…” Tengku Natasha bagaikan hilang kata-kata.
Tengku Aqilah sudah tersenyum sinis. “Kak Tasha memang pergi bercuti pa dan tempat percutian yang dipilih di Negara Jepun. Suami kesayangan Qila ni pun pergi ke sana juga tapi atas urusan kerja. Jadi mereka secara kebetulan terjumpa di sana, betul tak Rul?
“Betul, betul…” Azrul Botak yang masih tidak tahu mengenai perang yang sedang meletus hanya mengiakan dengan ikhlasnya.
Tengku Hisham sudah mengangguk tapi tidak sampai 1 minit dia bertanya lagi, “Tapi kenapa Tasha pergi sehari semalam, Ryan pulak pergi 2 hari dah balik. Bukan Ryan kata Ryan pergi seminggu ke?” Wajah papanya sedikit binggung.
Tengku Aqilah menoleh pada suaminya menantikan jawapan. Tengku Ryan Ameer sempat lagi menghadiahkan senyuman pada bapa mentuanya.
“Ryan dah habis urusan di sana. Pasal Tasha, Ryan tak tahulah…” Perlahan Tengku Ryan Ameer menjawabnya.
“Emm, bila dah pergi sana, hati ni rasa tak sedap asyik teringatkan papa aje. Itu yang Tasha cancel aje pergi bercuti,” dalih Tengku Natasha.
Tengku Aqilah terus mencebikkan bibirnya pada Farhana. Farhana yang sememangnya tidak pernah mengalah bab-bab bibir ini terus mematikan niatnya untuk membalas bila dia terpandangkan renungan Tengku Ryan Ameer yang sudah memberikan renungan semacam pada Tengku Aqilah, seram pula dia jadinya.
“Tak kisalah pa, yang penting mereka dah selamat balik. Tapi kan pa bila papa sihat nanti papa boleh tak bawak Qila pergi melawat Jepun. Qila teringin nak pergi sana tapi tak ada siapa pun sudi nak bawak,” ujar Tengku Aqilah yang lebih pada menyindir suaminya.
Tengku Ryan Ameer sudah meraup wajahnya.
“Ya ke? Awak teringin nak ke Jepun? Okey bulan depan ada showcase lag ikat sana. Saya akan pergi kali ini, maybe awak boleh ikut sekali.” Ceria suara Shafiq.
Tengku Hisham tersenyum.
“Wow! Bestnya! Okey okey…boleh, boleh… Eiii, tak sabarnya. Kali ini abang pulak tinggal jaga papa, kan hari tu abang ada kata salah seorang antara kita kena ada untuk jaga papa. Eiii, bestnya pa tak sabar nak pergi. Terima kasih Fiq.” Manja Tengku Aqilah mengalunkan suaranya.
Tengku Ryan Ameer terus memeluk tubuh dengan matanya tidak berkalih memandang isterinya itu. Shafiq yang hakikatnya dijadikan kambing hitam oleh Tengku Aqilah untuk menyakitkan hati suaminya sudah tersenyum mesra. Kesian kau Fiq…
Farhana hanya menguis-nguis makanan di dalam pinggannya. Azrul Botak yang melihat terbantut selera dibuatnya.
“Awak ni kenapa? Monyok aje muka. Tak suka ke jumpa saya.”
Farhana memandang wajah lelaki yang mula bertapak di dalam hatinya. “Kalau ikut cerita awak tadi, memanglah Si Tasha yang punya angkara tapi masalahnya awak sendiri tak nampak telefon tu Tasha tersalah ambik kan?”
Azrul Botak sudah menggeleng. “Saya memang tak nampak tapi dalam pukul 11 lebih saya terjumpa Ryan kat luar bilik dia, kebetulan saya nak turun makan sebab lapar. Yalah masa petang tu Si Sherry dah tumpahkan air kat baju saya so saya malaslah nak tunggu lama, tu yang saya balik bilik tapi dengan Ryan sekali.
Jadi bila saya jumpa Ryan di luar, dia kata dia pergi ambik balik phone dia yang dah tertukar degan Natasha, macam mana insiden tu berlaku saya takt ahu… tapi honestly saya cakap dengan awak, saya cukup kenal Natasha tu. Kalau awak jumpa ular dengan dia, awak bunuh dia dulu, ular tu kalau memang mengancam nyawa baru awak bunuh.”
Begitu sekali prejudisnya Azrul Botak pada Si Natasha tu ya? Farhana sudah tergelak mendengarnya tapi tidak sampai 1 minit dahinya dikerutkan semula. “Tapi masalahnya awak tak sebilik dengan Ku Ryan, jadi awak pun bukannya tau sangat aktiviti dia…”
“Aktiviti macam mana?” soal Azrul Botak.
Farhana terus mengangkat bahunya, khuatir menjadi mulut balang kuih raya dia cepat-cepat menukar cerita. “Makanlah, kejap lagi awak nak ajak saya shopping kan,” ujarnya dengan wajah yang kembali ceria.
“Saya ada cakap macam tu ke?” tanya Azrul Botak sedikit terperanjat.
Farhana sudah memandang dengan jelingan yang tajam terus Azrul Botak mengangguk-angguk perlahan.
“Rasanya ada, saya yang lupa tu.” Lemah sauranya. Sayang selasih buah bidara kerana kasih biarlah abang pokai pun tak apa. Apa-apalah Azrul…

Comments