join admya di FB

Episode 21 Lafazkan Kalimah Cintamu

Episode 21:





Kebahagiaan Tengku Aqilah diragut kakak sendiri.



Suasana pagi di meja makan kali ini begitu hambar sekali. Tiada lagi kedengaran usikan dari Tengku Aqilah mahupun tawanya bila Kak Kembong membebel dan membuli rakan sekerjanya itu.
Tengku Hisham yang sedang meneguk air Milo perasan akan perubahan wajah anak bongsunya, yang paling ketara bengkak di pelupuk matanya.
“Qila sihat ke?” Soalan Tengku Hisham memecahkan kesunyian yang agak lama menjengah.
“Sihat pa, cuma selesema sikit.” Tiada langsung keceriaan pada suara itu.
“Malam tadi Ryan call papa, dia tanya pasal Qila. Dia kata dia call Qila banyak kali tapi Qila tak angkat. Papa beritahu dia mungkin Qila dah tidur,” ujar Tengku Hisham. Matanya masih tidak berkalih dari wajah anaknya itu.
Tengku Aqilah berbatuk kecil, anak rambutnya dibetulkan.
“Qila makan ubat malam tadi, tu yang tak sedar. Lagipun Qila letak phone silent mode.” Perlahan suara Tengku Aqilah.
Tengku Hisham sudah mengangguk.
“Emm, sejak bila anak papa ni dah berani makan ubat? Bagus tu,” seloroh Tengku Hisham pula. Namun hanya dibalas anaknya dengan senyuman yang hambar sahaja. Dalam Tengku Hisham kebingungan dengan perubahan mendadak anak kesayangannya, telefon bimbitnya berbunti. Berkerut dahinya melihat nama yang tertera.
“Ryan…” Tengku Hisham sudah menyuakan telefon bimbitnya pada Tengku Aqilah namun anaknya itu terus bangun.
“Mesti dia call phone Qila tadi. Qila lupa nak offkan silent mode, letak dalam handbag tu yang tak dengar, papa beritahu dia nanti Qila call dia di ofis.”
“Laa, jawablah sekejap,” suruh Tengku Hisham.
“Qila dah lambatlah pa. Pagi ni ada meeting, bye pa. Assalamualaikum…” Terus pipi papanya dicium dan Tengku Aqilah terus tergesa-gesa pergi.
Tengku Hisham hanya mampu memandang anaknya dengan wajah yang risau.
Lama Tengku Aqilah menyandar pada kerusi kulitnya. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Kenyataan yang dibuat oleh Tengku Natasha mengenai perilaku sebenar suaminya bukan sahaja telah menggores hatinya malahan telah mencincang-cincang lumat sekeping hatinya itu.
Dia meraba sesuatu di dalam handbagnya. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Tengku Aqilah melihat untuk malam tadi sahaj ada lebih dari 50 ‘missed call’ dan pagi tadi ada lebih 20 ‘missed call’ dari suaminya. Wajah suaminya di skrin telefon dipandang. Kata-kata romantic suaminya bagaikan terngiang-ngiang.
“Setiap kali lepas sembahyang abang tak pernah berhenti berdoa agar hati abang ni kekal di hati sayang, tapi kalau keadaan berlaku sebaliknya biarlah di kala itu roh abang telah berpisah dari tubuh abang. Abang ingin menjadi suami Qila di duani dan di akhirat. Kita sama-sama doa ya sayang.”
Tengku Aqilah menjadi jijik dengna ayat-ayat cinta yang diucapkan oleh suaminya itu. Pantas wajah suaminya yang menjadi penghias telefon bimbitnya ditukar kepada gambar harimau belang.
“Tengok muka harimau lagi bagus dari tengok muka dia,” desis Tengku Aqilah, terus dia meletakkan telefon bimbit itu ke tepi.
Fail di atas meja dibuka lalu terus dibaca. Sah-sah mata saja pada fail tapi fikiran mesti dah melayang sampai ke Lautan Cina jauhnya.
Ketukan di pintu biliknya dijawab acuh tak acuh sahaja. Farhana sudah menjengukkan kepalanya dengan wajah yang ceria.
“Morning boss, apa tugasan saya hari ini,” ujar Farhana lalu terus duduk di atas kerusi.
Pen dan buku nota diletak di atas meja. Namun keceriaan di wajahnya turut terjejas sama bila dia melihat wajah keruh sahabatnya yang mengalahkan air longkang yang tersumbat belakang rumahnya semalam.
“Hai Qila, angau ke kau ni? Baru sehari Ku Ryan tak ada muka dah macam kambing berak gambir aje,” tegur Farhana.
Tengku Aqilah sudah menutup fail di atas meja. Kepalanya ditekan dengan kedua belah tangan.
“Sebelum ofis ni terbalik aku kerjakan lebih baik kau ikut aku keluar.”
Tengku Aqilah terus bangun, handbag digalas di bahu. Farhana masih tidak berganjak dari kerusinya, wajah sahabatnya dipandang bagaikan meminta penjelasan.
“Cepat Ana!” jerit Tengku Aqilah dari luar.
Farhana pantas mendapatkan bosnya.
“Kak Rita kalau ada sesiapa call, cakap saya ada meeting di luar.” Serius suara Tengku Aqilah.
“Bila Qila balik?” soal Zurita.
“Petang kot, kalau ada apa-apa Kak Rita ambik message aje,” balas Tengku Aqilah lalu terus mangatur langkah.
Farhana hanya mampu menurut sahaja namun dalam hatinya berat mengatakan yang Tengku Aqilah sedang berhadapan dengan masalah yang maha hebat sekali.
Farhana sudah memeluk tubunya. Air tasik yang beralun tenang di Taman Tasik Shah Alam, dipandang. Satu keluhan akhirnya dilepaskan.
“Woi perempuan! Aku dah boring tahap berbahaya ni. Kang tak pasal-pasal aku terjun dalam tasik tu. Kau bawak aku jauh-jauh ke Shah Alam, semata-mnata nak tayang muka aku yang cun ni tepi tasik, kalau yan pun kau tengah ada masalah, lain kali bawaklah aku pergi Tasik Kenyir ke, Tasik Dayang Bunting ke, ada jugak aktiviti yang aku nak buat, tak adalah aku terpaksa menghadap muka kau dengan tasik ni dah nak hamper 1 jam,” bebel Farhana.
Sakit pula hatinya melihat Tengku Aqilah yang tidak melontarkan langsung vokalnya sedari tadi.
Tengku Aqilah melepaskan nafasnya kuat. Anak rambutnya dikuak perlahan.
“Dia tipu aku Ana. Selama ni dia hanya berpura-pura mencintai aku. Hakikatnya dia begitu terseksa hidup dengan aku, dia tak bahagia dengan aku Ana. Semua kemesraan yang dia tunjukkan pada aku semalam ni rupanya hanya lakonan semata-mata, hanya untuk mengaburi mata papa. Dia terpaksa menerima aku kerana papa.”
Farhana yang bersila di atas rumput sebelah sahabatnya terus memandang Tengku Aqilah dengan muka yang berkerut. “Dia tu siapa?”
“Pak cik angka kau! Hei Ana, jangan buat aku campak kau dalam tasik ni boleh tak?” marah Tengku Aqilah.
Farhana sudah membeliakkan matanya.
“Ryan? Ku Ryan? Ehhh, aku tak percayalah, selama ni aku nampak dia memang honest apa dengan kau, cara dia bercakap dengan kau, cara dia ambil berat pasal kau. Hati aku seratu peratus mengatakan dia memang sayangkan kaulah Qila. Entah mana kau dapat gossip yang bukan-bukan ni aku pun tak tahulah,” sanggah Farhana pula.
Tengku Aqilah sudah memandang sahabatnya.
“Ini bukan gossip! Ini cerita benar. Tasha call aku semalam. Tak… tak… okeylah aku pendekkan cerita, aku call ‘dia’. Kau faham kan dia tu siapa? Masa tu aku tengah loving gilalah dengan dia, sebab tu hati ni tergedik-gedik sangat nak cakap dengan dia. Sekali yang jawab Si Tasha, ikut waktu Jepun tepat pukul 10.10 minit malam, aku ulang sekali lagi m.a.l.a.m…”
Ternganga mulut Farhana.
“Macam tulah mulut aku masa dengar suara Si Tasha. Badan aku ni dah rasa nak bersepai, kau tahu tak?
Rupanya dalam diam dia masih ada skandal dengan kakak aku, sebab tu dia tak kasi aku ikut dia pergi sana. Tasha dah berterus terang dengan aku pasal hubungan mereka, pasal siapa ‘dia’ tu sebenarnya. Aku… aku betul-betul tak fahamlah Ana, apa motif dia beria-ia mengurat aku selama ni. Dia ayat hati aku, dia pujuk aku dengan kata-kata manis. Telinga aku ni tak berhenti dengar kata-kata cinta dia tau.
Kenapa dia perlu buat aku macam tu? Kalau pasal dia sayangkan kakak aku tu, bukan ke elok dia ceraikan aje aku di kala hati aku belum betul-betul sayangkan dia. Kenapa dia perlu mempermainkan hati dan perasaan aku Ana. Kalau pasal papa, kalau dari awal mereka berterus terang mengenai hati dan perasaan masing-masing, aku yakin papa boleh menerimanya begitu jugak aku. Sampai hati mereka buat aku macam ni Ana, akhirnya visi mereka nak menghancurkan hidup aku dah Berjaya. Aku dah jadi mangsa mereka. Ryan kejam pada aku Ana! Kejam! Aku benci dia! Aku benci dia, Ana!” Tengku Aqilah mula teresak.
Farhana sudah seperti cacing betina hendak bertelur. Sekejap dia menggaru kepalanya, sekejap dia menepuk-nepuk dahinya. Akhirnya dia menarik nafasnya dalma-dalam sebelum bersuara, tangan Tengku Aqilah dipegang.
“Qila… a…aku… aku, macam mana aku nak cakap ya, aku sendiri dah tak tahu macam mana nak susun ayat. Senang cakap macam nilah, kau percaya ke seratus peratus kata-kata Si Tasha sengal tu? Aku takut dia tu propa lebihlah,” Farhana cuba memberikan pendapatnya.
Tengku Aqilah mencebik.
“Tak kisahlah propa ke apa ke, isunya sekarang kenapa kakak aku boleh ada di Jepun, lepas tu masa aku call macam mana dia boleh jawab telefon Ryan dan dia boleh kata Ryan ada dalam bilik air lagi tu dan masa ending perbualan tu aku dengar Ryan panggil nama Natasha. Aku dengar suara dia Ana dan yang paling aku tak boleh nak lupa dan maafkan bila kakak aku kata yang mereka dah terlanjur, bukan sekali Ana, selama ni mereka hidup bergelumang dengan dosa, kau tahu tak?
Astagfirullahalazim, tak kan aku nak butakan aje mata aku Ana? Aku ni memang bukan orang yang warak tapi aku tak nak dosa mereka akan terpalit pada aku sama, aku tak nak bersubahat! Aku jijiklah Ana bila terbayangkan Ryan pegang aku. Aku jijik sangat-sangat,” luah Tengku Aqilah dengan penuh emosi.
Farhana sudah menggeleng.
“Kau tak boleh cakap macam tu Qila, hubungan kau dengan Ku Ryan selama ni adalah hubungan yang sah. Dia berhak untuk menyentuh kau, kau sendiri kata kau takut dosa mereka terpalit pada kau tapi dalam waktu yang sama kau jugak akan berdosa jika tak taat pada suami kau. Mana boleh kau kata jijik macam tu, berdosa tau. Kalau betul diorang dah buat dosa, kau janganlah pulak tambah lagi dosa. Lagipun kita tak ada bukti nak tuduh seseorang itu melakukan zina, selagi tidak ada saksi…”
Tengku Aqilah terus merengus, “Nak bukti apa lagi Ana, empunya badan sendiri dah mengaku, kau nak bukti macam mana? Tak kan Si Tasha dah buang tabiat kot sampai sanggup nak mereka-reka cerita, sampai sanggup mencemarkan maruah sendiri,” gerutu Tengku Aqilah geram.
Farhana sudah meraup wajahnya. Jelas kedengaran dia berdecit.
“Entahlah aku ni memang prejudis sikit dengan Si Tasha sengal tu, pada aku orang macam dia tu sanggup buat apa saja, yang penting hajat dia tercapai. Okey, okey memanglah aku sebenarnya pernah jugak ternampak mereka berdua, kissing-kissing each otherlah masa lunch hour.
Mungkin line clear waktu tu kot dan mereka pun tak perasankan yang aku tak keluar. Kebetulan Kak Rita suruh aku letakkan fail atas meja Ku Ryan, pintu tak kunci aku pun ternampaklah, tapi cepat-cepat aku tutup pintu balik. Apa yang berlaku lepas tu aku tak tahulah, jadi better kita berprasangka yang baik aje.”
Terbeliak mata Tengku Aqilah memandang Farhana. Gerun pula Farhana dibuatnya.
“tapi… tapi masa tu kau tak ada lagi kat sini. Kau kat US, alah itu cerita lamalah Qila, nobodu is perfectlah senang cakap…”
Tengku Aqilah suah menggeleng.
“Apa lagi alasan yang kau nak bagi untuk membela Ryan Ana, dah terang Ana, buat apa lagi nak bersuluh jangan habislah baterilah,” bidas Tengku Aqilah, geram.
“Jangan cepat melatah Qila, think positive sikit. Pasal Si Tasha ada di Jepun, tak mustahil dia yang gatal nak ke sana, pasal dia jawab phone Ku Ryan maybe waktu tu mereka kebetulan berjumpa lepas tu makan sama. Lepas tu maybe Ku Ryan pergi tandas dia pun tolong jawab.
Masalahnya kau tak tahu di mana mereka berada waktu tu. Aku tahu dalam kepala otak kau mesti ingat dalam bilik aje kan? So aku rasa jalan yang terbaik kau tanya sendiri Ku Ryan, dapatkan penjelasan yang sebenarnya dari dia, lepas tu barulah kau buat keputusan. Jangan ambik tindakan terburu-buru, aku takut kau akan menyesal nanti,” nasihat Farhana pada sahabatnya.
“Termasuk penjelasan dia bercium dengan Natasha dalam bilik dia masa lunch hour, macam tu?”
“Isyh kau ni Qila, yang tu tak payahlah, itu kisah cinta dulu. Janganlah nak campur adukkan,” sampuk Farhana geram.
Tengku Aqilah sudah tersenyum sinis.
“Kisah cinta mereka dahulu masih berlarutan sampai sekarang Ana. Tak ada beza pun. Lagipun kau rasa ada ke manusia yang dah melepas kat tengah jalan pergi mengaku kat semua orang yang itu hak dia?”
Farhana sudah mencebikkan bibirnya.
“Ada, aku. Aku pernah aje melepas tepi highway dah tak tahan. Aku mengaku dengan kau sekarang…”
Elok tangan Tengku Aqilah hendak melibas Farhana, telefon bimbit sahabatnya itu berbunyi.
“Isyh… ni mesti Si Botak tu, hari-hari nak call aku. Nama aje jadi peneman Ku Ryan tapi tak boleh pakai. Tak apa nanti dia balik aku nak tanya, apa cerita sebenarnya.” Farhana sempat lagi membebel sebelum melihat nama yang tertera di skrin telefonnya, dia terus mengerutkan dahinya.
“Qila kau biasa tak tengok number ni?”
Farhana sudah menyuakan telefon bimbitnya pada Tengku Aqilah. Apa lagi terus Tengku Aqilah menggoyang-goyangkan tangannya.
“Ryan, kau cakap aku meeting.”
Telefon yang berbunyi sudah berhenti. Farhana menoleh pada sahabatnya. “Kenapa dia tak call phone kau?”
“Aku saja tinggal phone aku kat ofis,” jawab Tengku Aqilah selamba dan tidak sampai 1 minit telefon bimbit Farhana berbunyi lagi.
“Isyh kau ni, aku pulak yang jadi mangsa taufan kau. Cukup bulan ni kau tak naikkan gaji aku siap kau,” ujar Farhana sebelum menjawab panggilan dengan suara yang dilembutkan sehabis mungkin.
Elok kaki Tengku Aqilah mencecah di depan pintu biliknya, dia terpandangkan Tengku Natasha yang keluar dari bilik dan sedang mengatur langkah menuju ke arahnya. Dengan wajah bersahaja dia terus masuk ke dalam bilik. Jam di tangan dikerling.
Sudah pukul 4 petang, pasti perempuan itu subuh-subuh lagi sudah meninggalkan negara matahari tu. Nak tunjuk baiklah konon, umpatnya di dalam hati.
Tengku Aqilah terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Telefon bimbitnya diambil. Sekali lagi berpuluh-puluh ‘missed call’ dari Tengku Ryan Ameer. Keningnya berkerut sebaik melihat ada message terus dia membacanya.
Sayang, kenapa ni? Abang ada buat salah ke? Kenapa sayang tak nak jawab call abang, kenapa sayang menjauhkan diri dari abang? Abang rindu Qila, jangan buat abang macam ni sayang. Kalau abang ada tersalah cakap mahupun perbuatan abang minta maaf, tapi jangan larikan diri dari abang. Kalau pasal Tasha abang dah suruh dia explain perkara yang sebenar pada sayang. Rasanya dia dah sepatutnya sampai pada waktu ni. Abang yaking Qila percayakan abang kan? Please call abang. Abang tunggu call sayang tau. Jaga diri baik-baik ya sayang. Abang sayang Qila, always love you…
Tanpa menunggu lama terus pesanan dari suaminya itu dipadam.
“Sayang konon! Mulut aje cakap sayang tapi realitinya palsu semua. Muak aku dengan lakonan korang berdua,” gerutu Tengku Aqilah.
Pada waktu yang sama pintu biliknya diketuk. Dia sudah tahu siapa gerangannya. Tengku Aqilah tidak bersuara dia terus membuka fail di atas meja lalu tangannya lincah mencoret sesuatu.
“Sorry ganggu, Kak Tasha nak jumpa Qila kejap,” ujar Tengku Natasha dengan senyuman yang manis di bibir.
Tengku Aqilah hanya membalas senyuman itu seadanya sahaja. Dia tidak berkata sepatuh jua, lalu disandarkan badannya di kerusi. Tengku Natasha sudah menarik kerusi di hasapan adiknya lalu punggungnya dilabuhkan.
“Qila sihat?” Soalan yang memualkan tekak Tengku Aqilah namun dia hanya mengangguk perlahan.
Tengku Natasha perasan akan perubahan riak wajah adiknya itu.
“Qila, sejak bercakap dengan Qila semalam Kak Tasha terus dihimpit rasa bersalah. Kak Tasha tak boleh tidur semalaman. Kami dah berbincang malam tadi dan kami sepakat untuk berpisah dan Ryan jugak dah bersetuju untuk belajar menerima diri Qila. Dia akan menjadi suami yang terbaik buat Qila, jadi boleh tak Qila anggap perkara antara kami itu tak pernah berlaku?” pinta Tengku Natasha.
Dia ingat otak aku ni jenama cap ayam, boleh lupakan macam tu aje? Biul punya perempuan, gerutu Tengku Aqilah dalam hati.
“Anggap saja Kak Tasha kebetulan jumpa Ryan di sana, terjawab handphone dia masa makan di lobi hotel. Qila tengok handphone kami ni kan sama jadi tak mustahil boleh bertukar kan?” Tengku Natasha sudah mengeluarkan handphonenya.
Tengku Aqilah sempat lagi mengerling pada gambar suaminya yang menjadi penghias skrin telefon bimbit kakaknya itu. Nasib baik aku dah tukar gambar harimau. Sempat lagi dia berdesis dalam hati.
“So, masa Qila call tu, kebetulan Ryan pergi gent dan dia tertinggal phone. Jadi bila phone berbunyi Kak Tasha terus angkat dan akibatnya Qila dah tersalah anggap. Boleh tak Qila anggap perkara seperti tu yang berlaku demi kebaikan rumah tangga Qila.”
Macam cut and paste cerita Si Ana aje. Lain kali buatlah yang original sikit. Tak kreatif betul diorang ni, guman Tengku Aqilah di dalam hati.
Lalu terus keningnya diangkat. Wajah Tengku Natasha dipandang sinis.
“Dah habis? Kak Tasha dengan Ryan ni bercita-cita nak jadi penulis skrip drama tv ke? Atau bercita-cita nak jadi penulis novel terkenal? Saya peninglah, pening tau dengar macam-macam cerita. Tak habis-habis lagi ke dari semalam, saya yang makan cili api sekarang ni kenapa you all pulak yang menggelupur pedas?
Dah tak ada apa-apa penambahan cerita lagi kan? Kalau tak ada, Kak Tasha balik ajelah. Kak Tasha pun masih bercuti lagi kan tapi kalau terlebih rajin nak pergi buat kerja, pergilah. Sorry ya saya banyak kerja ni.” Terus Tengku Aqilah menfokuskan matanya pada fail di hadapannya.
Tengku Natasha hanya mengangkat bahunya sedikit, terus dia bangun, namun sebaik tangannya hendak memulas tombol pintu dia menoleh semula pada adiknya.
“Qila, Kak Tasha tau pengakhirannya Kak Tasha juga yang akan dipersalahkan. Buruknya pada Kak Tasha jugak nanti. Kalau Qila tanya Ryan sekali pun, Kak Tasha yakin dia tak akan mengaku. So Qila anggap ajelah Kak Tasha menjadi dalangnya, yang sengaja mereka-reka cerita untuk menghancurkan hubungan kalian berdua. Kak Tasha…” Air mata mula menitis di pipi Tengku Natasha.
Tengku Aqilah terus mengangkat wajahnya sebaik mendengar nada suara kakaknya yang sudah berubah itu. “Nanti, nati, panjanglah pulak ceritanya. Macam nilah, sekarang ni kita berada di pejabat, so kalau boleh saya tak nak bincang perkara peribadi kat sini. Saya banyak kerja Kak Tasha, saya tak berminat nak semakkan kepala saya di pejabat untuk dengar cerita-cerita mengarut macam ni, okey.”
Sebaik menoktahkan ayatnya, Tengku Aqilah terus menundukkan wajahnya semula tanpa menghiraukan langsung kakaknya yang sudah menangis sampai tak cukup air mata itu.
Apalah masalah Si Tasha ni? Overlah pulak, macam ada yag tak kena aje. Jangan-jangan betul macam yang Si Ana kata, Si Tasha sengal ni bukan boleh percaya sangat.
Emm… ke manalah arah tuju hubungan Si Qila ni nanti ya?

Tengku Aqilah begitu leka menaip di komputer ribanya. Hari ini dia memakai baju kebaya warna ungu bercorak songket. Rambutnya pula disanggul kemas, bibirnya dicalit sedikit gincu warna merah jambu. Kulitnya yang putih bersih itu tampak serasi dengan pemilihan warna gelap seperti itu, terserlah sungguh kejelitaannya.
Sepanjang dia melangkah ke biliknya, dia perasan akan mata-mata yang memandang. Ada juga yang terang-terangan memujinya antaranya Kak Rita dan Farhana. Namun Tengku Aqilah tidak begitu teruja mendengarnya. Dia tahu pasti pujian mereka ada makna di sebaliknya maklumlah hujung tahun dah semakin hampir, nak bonus lebihlah tu.
Dalam kelekaan dia menaip itu, Tengku Aqilah bolehkan terpandang cincin berlian dan gelang emas yang tersarung di tangannya, rantai di leher diraba. Wajahnya berkerut tiba-tiba, bukankah dia membenci lelaki yang menghadiahkan barang kemas ini tetapi menagapa hingga kini dia masih mengizinkan pemberian lelaki kejam itu berada pada tubuhnya. Tengku Aqilah meraup wajahnya perlahan, kata-kata Farhana semalam terimbau tiba-tiba.
“Woi Qila, berkilau-kilau barang kemas kau tu, tak nak pulangkan ke pada tuannya. Tapi sebelum kau pulangkan kau beritahu aku dulu tau…”
Hampir tersedak Tengku Aqilah mendengar ayat tidak berhemah yang keluar dari mulut sahabatnya itu. Dia terus berhenti menyedut air Pepsi. Matanya bulat memandang Farhana.
“Kau nak buat apa, nak gadai? Tak payah, sebelum kau nak gadai aku dah gadai dulu. Kau ni apa masalah tiba-tiba nak libatkan dengan barang kemas ni pulak, yang aku benci dan marah sekarang dengan Si Ryan bukan dengan barang kemas ni. Tak mainlah marahkan nyamuk sampai kilang racun serangga nak dibakar. Walaupun aku tahu kalau aku berpisah dengan dia nanti, dia ak akan teragak-agak nak pulangkan jam murah aku tu. Dia bukannya suka jam aku tu, pakai sebab terpaksa…”
Di akhir-akhir ayat, Tengku Aqilah lebih meluahkan pada diri sendiri.
Farhana yang sedang mengunyah paha ayam goreng KFC, sempat lagi menjuihkan bibirnya. Wow! Makan di Restoran KFC tu, siapa belanja? Bingo! Pertama kali Tengku Aqilah belanja Farhana menu yang paling nahal sepanjang 23 tahun perkenalan mereka. Kalau tidak 3 bulan 29 hari sekali baru Farhana merasa aiskrim sundae coklat di McDonalds, itu pun dikongsi dengan orang yang membelanjanya.
“Kau tak payah nak poyolah Qila, macam aku tak kenal sifat bakhil dalam diri kau tu. Orang yang macam kau ni kalau diberi satu-satu barang jangan harap nak dapat balik, tapi aku sokong jugak cara kau tu. Buat apa jadi bodoh kan? Dia dah bagi kira hak kitalah.”
Tengku Aqilah sudah mengangguk.
“Betul, betul… yang itu aku setuju dengan kau. Kiranya berbaloilah aku belanja kau hari ni. Walaupun esok masa lunch kita kena makan nasi dengan telur asin,” kata Tengku Aqilah.
Farhana sudah menggeleng.
“Kau ni Qila kedekut yang amat. Gaji dah beribu, lepas tu kau sendiri cakap dengan aku, laki kau bagi lagi setiap bulan, bukan sikit tau RM10 ribu tu. Kalau akulah macam kau, memang beli rumah sebelah shopping complex aje.”
“Apa pasal beli sebelah, kenapa tak buat aje dalam shopping complex tu? Itulah kau tak pernah nak pandang masa depan. Kau ingat hidup manusia ni mesti bahagia selamanya ke? Kita sebagai orang perempuan kena ada wawasan, kena berpandangan jauh. Jadi bila jadi macam kes aku ni, dapat laki yang mengalahkan pirate of carribean at least aku ada duit untuk teruskan hidup. Sebab tu bila mana-mana pasangan bercerai si isteri berhak menuntut harta sepencarian. Walaupun dia tak bekerja, rugi tu kalau tat tuntut.
Apa kes, yang kita marah dengan perangan dia bukan harta dia. Kalau aku bab-bab harta ni memang tak boleh nak bertolak ansur. Kau faham ke tak apa yang aku cakap ni? Diam tak diam sampai seketul ayam aku kau sapu, melampaulah ni, selera aku on aje,” marah Tengku Aqilah pada Farhana yang sudah buat muka mengalahkan Char Kuetiau kerang itu, macam mana muka tu ya.
“Tapi kan Qila aku harap kau janganlah sampai berpisah. Gaduh-gaduh manja dahlah. Hati aku tetap kuat mengatakan ini kerja Si Tasha sengal tu, cuma aku berlum dapat memakrifatkan perbuatan dia dengan clear.”
Tengku Aqilah sudah mengerling geram mendengar kata-kata Farhana itu. “Makrifat konon, sembahyang pun tenggelam timbul ada hati nak cakap pasal makrifat. Aku nak tengok nanti bila kau kahwin, waktu kau bergaduh dengan laki kau, kau gaduh-gaduh manja ke, kau balun cukup-cukup, kalau tak benjol kepala botak Si Azrul tu bukan Farhanalah namanya,” gerutu Tengku Aqilah.
Farhana sudah mencebikkan bibirnya. “Tapi apa pun ini rahsia antara kita berdua aje tau, jangan nak jadi mulut balang kuih raya pulak okey. Nanti tak pasal-pasal nama kau masuk Malaysia Book of Record, bibir yang paling tebal di Negara ni.”
Farhana terus menjegilkan matanya, geramlah tu.
Namun khayalannya yang melebihi had karangan bahasa Malaysia pelajar tingkatan lima itu, mati begitu sahaja bila telefon bimbitnya berbunyi. Melihat nama pemanggilnya terus wajahnya berubah keruh. Lagu ‘Hey Ladies’ nyanyian Rossa berkumandang.
‘Sudah kubilang jangan terlalu yakin, mulut lelaki banyak juga tak jujur, bila sakit hati wanita bisanya nangis, sudah ku bilang jangan terlalu cinta, kalau patah hati siapa mahu nolong, seperti langit dan matahari tak bersatu lagi… Hey ladies jangan masa dibilang lemah kita juga bias menipu dan menduakan bila wanita sudah beraksi dunia hancur… Hey ladies sekarang, cinta pakai otak jangan mahu rugi hati, juga rugi waktu, bila dia merayu ku ingat semua bohong…”
Hai dah tukar ringing tone nampak, kena pulak lirik tu ya.
Tengku Aqilah seperti biasa, panggilan itu dibiarkan mati begitu sahaja. Dia menyambung kerjanya semula namun tidak sampai 1 minit lagu ‘Hey Ladies’ berkumandang lagi, lagi dan lagi lebih kurang sepuluh kali juga lagu it uterus-terusan berkumandang dan elok dia hendak menyambing semula kerjanya, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Tengku Aqilah terus menekan kepalanya.
“Susah sangat ke nak menjawab call tu?”
Tengku Aqilah terus tersentak bila mendengar suara orang menegurnya. Berubah wajahnya melihat suaminya sudah berdiri di muka pintu sambil memegang telefon bimbitnya.
“Sejak bila tukar ringing tone. Lain maca aje bunyi lag utu. Abang harap liriknya tak ada kaitan dengan pemilik phone tu,” ujar Tengku Ryan Ameer. Di kala itu matanya begitu terpukau melihat keanggunan isterinya, jantungnya mula bergetar semacam.
Tengku Aqilah masih lagi membeku, tangannya memegang kepala dengan sikunya diletakkan di atas meja. Kepulangan suaminya secara tiba-tiba benar-benar memeranjatkannya. Secara jujurnya dia masih belum bersedia untuk menerima kepulangan suaminya di waktu ini. Dia menyangkakan yang suaminya hanya akan pulang dalam tempoh 5 hari lagi, tapi baru hari kedua suaminya sudah muncul di depan pintu biiknya. Tengku Aqilah betul-betul tidak bersedia, kepalanya dirasakan berdenyut tiba-tiba, terus matanya dipejamkan.
“Sayang kenapa? Abang risau tau sayang berubah tiba-tiba macam ni. Abang ada buat apa-apa yang menggores hati Qila tanpa sedar ke? Sayang, abang cakap ni, please…”
Hatinya bagai dihiris sembilu bila mendengar perkataan ‘sayang’ yang diucapkan suaminya itu. Sampai bilalah dia nak terus bermain dengan kata-kata macam ni, aku dah tak sanggup lagi Ya Allah. Aku dah tak sanggup mendengarnya… Tengku Aqilah merintih di dalam hati.
Makin rapat matanya dipejamkan bila dia merasa tangan suaminya meramas lembut bahunya itu dan seperti selalu satu ciuman singgah di dahinya. Rasa sebak menghimpit hatinya, bohong kalau dia katakan yang dia tidak lagi merindui lelaki ini, satu pembohongan yang nyata jika dia mengatakan rasa cinta dan sayang pada lelaki ini telah pun padam buat selamanya.
Tengku Aqilah menggeleng perlahan. Untuk apa dia terus menghirup seteguk kasih yang dihidangkan oleh lelaki ini sedangkan dia sendiri sedar kasih yang dihirup itu hanyalah racun yang berbisa. Tengku Aqilah menarik nafasnya dalam-dalam. Dia perlu kuat, dia harus menjadi kuat. Perlahan-lahan matanya dibuka.
Berderau darahnya melihat suaminya sudah berada betul-betul di sebelahnya, pasti dia menarik kerusi semasa Tengku Aqilah memejamkan mata tadi. Mata suaminya tidak berkalih merenung wajahnya, tenang sungguh riak suaminya di kala itu.
“Kenapa sayang? Kenapa sayang berubah sampai macam ni?” Soalan yang diaju oleh Tengku Ryan Ameer pada isterinya. Tangan isterinya digenggam erat. Tengku Aqilah masih membatu.
“Qila marah abang pasal Tasha kan? Mesti Qila ingat yang antara abang dengan Tasha masih lagi ada hubungan, tapi percayalah sayang kehadiran Tasha di sana…”
Tengku Aqilah terus bersuara, kedua-dua belah tangannya diangkat.
“Cukuplah, cukuplah… Kepala ni dah tak larat lagi nak dengar cerita yang sama, tahu tak? Kalau betul dah tak ada apa-apa yang berlaku kat sana sudahlah, tak perlu nak diulang-ulang banyak kali,” balas Tengku Aqilah dengan suara yang sedikit keras, terus dia memeluk tubuh.
Tengku Ryan Ameer menggigit hujung bibirnya. Wajah isterinya direnung dengan kening yang berkerut. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan.
“Okey… okey abang tak kan sentuh lagi soal itu. Abang percaya Tasha dah pun jelaskan perkara yang sebenarnya, tapi soalan abang sekarang Qila percaya pada penjelasan itu atau tidak, sebab dengan perubahan Qila macam ni, abang berani katakana QIla masih tidak dapat menerimanya…” Tengku Ryan Ameer sudah melepaskan nafasnya, wajah isterinya yang mencuka itu dipandang.
“Cuba Qila cakap, apa yang perlu abang buat supaya hubungan kita pulih seperti sediakala. Abang sanggup lakukan apa saja demi sayang.”
Tengku Aqilah terus bangun, dia bergerak ke tingkap sempat lagi matanya menjamu kesesakan jalan raya di bandar raya Kuala Lumpur di waktu tengah hari begini.
“Entahlah, Qila tak dapat nak fikir apa-apa buat masa ni. Bagi Qila masa dulu, bila Qila dah bersedia kita bincang hala tuju hubungan kita, tapi bukan sekarang…”
Tengku Aqilah sudah membuka laci mejanya, dompet duitnya diambil dia ingin meninggalkan segera biliknya itu, namun suaminya pantas memegang tangannya.
“Apa yang Qila cakap ni? Bincang hala tuju hubungan kita? Tak kan sebab perkara kecil macam tu Qila boleh terfikir sampai macam tu sekali. Come onlah Qila. Tolonglah jangan terlampau ikut emosi, Qila tahu tak dua hari kat sana, abang macam orang sasau tau. Tak cukup lagi ke Qila hukum abang hanya kerana soal Natasha yang tak masuk akal tu dan sekarang bila abang balik Qila nak teruskan jugak hukuman pada satu kesalahan yang abang tak buat.
Sampai hati Qila buat abang macam ni. Qila dah tak ingat ke janji-janji kita sebelum abang pergi Jepun hati tu? Tak kan semudah itu Qila boleh lupakan, please sayang jangan seksa abang macam ni. Apa pun masalah kita bincang sama-sama.” Bersungguh-sungguh Tengku Ryan Ameer memujuk isterinya, namun wajah Tengku Aqilah masih jua beku.
“Apa lagi yang nak dibincangkan? Apa yang tak sepatutnya berlaku dah pun berlaku? Boleh ke abang betulkan semua tu?” soal Tengku Aqilah tegas.
Berkerut dahi Tengku Ryan Ameer mendengarnya.
“Apa yang dah berlaku? Apa yang perlu abang perbetulkan? Abang tak faham, boleh tak Qila berterus terang sahaja apa yang Qila maksud kan?”
Tengku Aqilah mula baran, dia menarik tangannya dari pegangan suaminya. Tersentak Tengku Ryan Ameer dibuatnya.
“Okey abang nak Qila berterus terang kan? Sekarang Qila nak tanya, sepanjang abang mengenali Natasha pernah tak abang…” Namun ayat itu terhenti di sini sahaja bila pintu bilik Tengku Aqilah diketuk dan Farhana terus menjengukkan kepalaya.
“Sorry ganggu, Qila, tadi Kak Bong telefon Pak Engku masuk hospital, dia tiba-tiba pengsan kat rumah.”
Kaki Tengku Aqilah terasa lembik tiba-tiba, dia sudah hendak rebah nasib baik suaminya sempat menerpa ke arahnya, tubuh isterinya dipaut. Farhana turut berlari mendapatkan sahabatnya itu.
“Qila, Qila, sabar sayang, sabar. Qila kena kuat. Abang yakin papa tak ada apa-apa. Qila kena kuat, ya sayang…” Pipi isterinya diusap-usap lembut.
Farhana pula yang teruja mendengarnya, sampai terteleng kepalanya melihat Tengku Ryan Ameer yang pada hematnya teramatlah penyayang dan romantis itu. Sempat lagi dia mengata kawannya di dalam hati. Apalah Si Qila ni, dah dapat laki macam ni punya baik pun nak lepaskan begitu saja, dengan sangat cakap si sengal tu!
Mengata orang bukan main, dia tu pun apa kurangnya, memang mulut balang kuih raya betul. Elok Si Qila sakit hati dengan suaminya tahap A-, ditambahnya jagi A+, mana taknya sempat lagi berkongsi pengalaman menengok wayang free, lakonan Ku Ryan dengan Si Tasha sengal di bilik ni dulu. Faham-faham sendiri sudahlah kan? Ana… Ana…

Download ep 21



follow admya di facebook

Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq