join admya di FB

Titian Cinta Episode 26


Danial akhirnya mengetahui tentang kandungan CD tersebut. Dia tidak menyangka Sofia mempergunakannya.Puan Seri Nora juga akhirnya mengaku kesalahannya yang membuatkan Tan Sri Hakim berpisah dengan Melisa. Dia memohon ampun pada suaminya.




Aisy pergi menemui Danial dan meminta Danial berubah ke arah kebaikan. Aisy memaafkan Danial. Danial terharu mendengar kemaafan Aisy. 
Danial memberitahu dia tiada kaitan lagi dengan  Sofia. Sofia meminta pertolongan Harris dari Ryan. Akhirnya Sofia terpaksa membongkarkan perbuatan dia terhadap Aisy selama ini. Harris akan membantu Sofia jika dia menceritakan segala komplot dia dengan Ryan.Ketika itu Aisy datang untuk berjumpa Harris. Melihatkan Harris dan Sofia yang kelihatan merayu itu, Aisy jadi cemburu lagi. Sakit hatinya.
Harris perasan akan perubahan isterinya yang menjadi pendiam hari tu. Bila ditanya, Aisy cuba mengelak.Aisy meminta izin untuk keluar minum petang itu. Harris izinkan dengan Pak rusdi menemankan.
 Dia terserempak dengan Ryan. Ryan mengajaknya untuk minum bersama. Aisy menurut pelawaan Ryan tanpa syak wasangka memandangkan Ryan akan keluar negara tak lama lagi.
Ketika Aisy ingin minum air, Pak Rusdi datang dengan mengatakan yang Ryan memasukkan sesuatu dalam air minuman Aisy. Aisy jadi marah lalu berlalu meninggalkan Ryan. 
Dia tak menyangka Ryan setegar itu. Aisy tergamam.



Episode 27

admya: tinggal Ryan je belum minta maaf

Comments