join admya di FB

Selamat Pengantin Madu




Assalammualaikum,
Entry ni di minta oleh peminat-peminat Aiman. Admya layankan je.:)
Drama terbaru Aiman dan Fasha Sandha.Akan datang di slot samarinda setiap rabu dan khamis 9 malam

sinopsis:

Hana hidup bahagia dengan suaminya Zulkipli dengan dua orang anak Isya dan Shafik menerima tamparan hebat apabila hadir seorang wanita bernama Masmira yang mengaku dia adalah isteri suaminya sekaligus madunya. Hatinya terguris dan kecewa apabila suami yang bertanggungjawab sanggup melakukan pembohongan kepadanya. Hana mencari kekuatan untuk menerima apa yang berlaku atas nasihat sahabat baiknya. Tambahan pula,anak-anaknya sukar menerima kehadiran orang baru itu. Demi memastikan keluarganya kekal bahagia, Hana cuba berkompromi.Namun,Masmira menginginkan sebaliknya.Dia tamak dengan kasih sayang dan ingin memiliki Zul sepenuhnya dengan rancangan jahatnya.

Para pelakon:
Aiman Hakim Ridza- Zul
Fasha Sandha- Hana
Eina Azman- Masmira





Comments

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq