Tuesday, November 6, 2012

Slot Zehra: Drama Sebenarnya saya isteri Dia






Assalammualaikum,

Adakah drama ini akan mencetuskan fenomena?Sama-sama kita saksikan.

Tarikh tayangan: 29/3/2013
Slot: Zehra
Tayangan: 9 malam, setiap jumaat
Jumlah episode: 13
 Senarai lagu-lagu dalam ssid

Sinopsis:

Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.

Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah.


Farish pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.

Perkahwinan Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syafa. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan Raina.


Gambar yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa menunaikan hak seorang suami. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya.

Sinopsis version 2


Review dan download episode:
Episode 1
Episode 2
Episode 3
Episode 4
Episode 5
Episode 6
Episode 7
Episode 8
Episode 9
Episode 10
Episode 11
Episode 12
Episode 13

Lagu tema:



 Firash dan Syafa 
Izzue Islam dan Tiz Zaqyah telah terpilih menjadi teraju utama


Farish- abang kepada Firash,kekasih Syaf

Firash

Haqimy dan Syaf-teman semasa universiti


Azlee Khairi- Raimy (lelaki yang suka Syaf)

Uqasha Senrose(Rania- adik tiri Firash yang sukakan Firash)



last shooting Farish




asal izzue makin handsome dalam drama ni?



scene yang ditunggu-tunggu-kemuncak cerita.

Tahniah ssid!


Gambar thanks to Tiz zaqyah dan Zura Asyfar,




48 comments:

  1. saya ada beli novel nie..mmg terbaek la..klu btoi dorg nk dramakan this novel sy sokong seratus peratus..peminat nvel ke drama or filem

    ReplyDelete
  2. harap jadila novel ni ke drama.
    pasti MELETOP kalau kena pelakonnya
    lagi-lagi tayang kat tv3

    ReplyDelete
  3. kak fara dorg da dpt da pelakon tuk drama nie
    tiz zakiah and aiman hakim ridza..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..thanks for the info
      i will update it later

      Delete
    2. izzue islam memang sesuai giler jadi hero, nampak remaja nya terserlah . Cuma watak syafa kurang sesuai lahh :( , kalau digantikan dengan NAD ZAINAL baru sesuai . Hehe :D . Tiz zaqyah nampak tua sangat lahh .

      Delete
    3. sape kata tiz zaqyah tu tua maknanya orang tu larh yang tua bet0i x?????????????.

      Delete
  4. tiz zakiyah tua sgt la utk watak Syaf.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Sokong Tiz.memang wtk heroin tua 4 thn Dari hero.saya lebih Suka afiq muiz sbg firash.

    ReplyDelete
  6. kalau letak nora danish pun okey jugak . lepas tu gandingkan dengan aiman hakim ridza . sweet .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak suke sb watak syaf bkn jns ckp satu satu dn gedik mcm nora danish...mmg sesuai tiz zakiah sb dia mmg melmbgkn watak syaf
      .

      Delete
  7. fathia tnggi lmpai la.nora danish dh 30-an,ketara sangat jurang umur diorang.tiz dh ok tu..

    ReplyDelete
  8. saya ada pegi scene drama ni....huhuhu

    ReplyDelete
  9. x best tiz jdi syafa aqira x ssuai lngsung....

    ReplyDelete
  10. izzue islam kpe rambut perang dlm cter SSID ..cm xsesuai je..lebih prefer die berambut hitam n npk nsem...

    ReplyDelete
  11. dh byk kali uang novel ni....best....xsbr nk tnggu cite ni =)

    ReplyDelete
  12. Tiz ssuai jdi heroin tp...... izzue islam cam x ssuai je jdi hero..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai la sape kata dia tak sesuai. tiz zaqyah cantik izzue islam pulak hensem kan???????

      Delete
  13. Msti meletoppppppp!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastinya..sebab ramai yang dah baca novel ni,
      lagi kalau jalan cerita macam SHN-bersahaja.

      Delete
  14. Yang penting jalan citer dia best!! Tak kiralah sape plakonnya..

    ReplyDelete
  15. Mmg best novel ni.....apatah lagi bila dilakonkan oleh pelakon2 yg mmg sesuai sgt. Watak syafa mmg sesuai sgt ngan tiz & watak firash pun ok la buat izzue walaupun x pernah tgk dia berlakon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm.............memang best pown citer nierh, mesti ramai yang tgk citer ni kan. sesuai sangat2 firash arshad dan syafa aqira brlakon kan, hehehe

      Delete
  16. Yang pasti,dlm novel lebih best drpd drama...mgkin ada part2 yg d ubah sikit...hihi..tp papepun..terbaik....

    ReplyDelete
  17. nak sangat bace novel neh . errr . puas dh cari kat kdai . tp semua dh takde stok . please btahu acane nk dptkan novel neh . pleaseee

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat website karyaseni

      Delete
    2. masih ada lagi kedai buku yg jual . saya pun baru jew beli dan dah selesai pun membaca . Saya beli di kedai buku Sinaran . Memang best jalan ceritanya !

      Delete
  18. Salam saya dah ulang banyak kali citer ni... best.... hope drama pun terbaikkk....

    ReplyDelete
  19. Saya tak suka sangat baca novel. kalau baca mesti baca yg depan bila sampa tengah terus baca akhir, kalau citer berdasar novel mesti best

    ReplyDelete
  20. novel ni mmg best...sy dh bca 3 kali, still xjemu, tp sy ni jenis yg xsabar....nk tggu drama ni main kt tv setiap minggu...mcm ssh plak...nape la xbuat setiap ari mcm slot drama yg main ptg2 tu..isnin smpi khamis..kn best....

    ReplyDelete
  21. klau fathia n hairul kan best!!!!!!

    ReplyDelete
  22. fathia terlalu tinggi,hairul pula tak handsome sangat tak sesuai,ok apa gandingan tiz n izzue nie

    ReplyDelete
  23. now watching SSID...layan...

    ReplyDelete
  24. Kalau aku d beri peluang pilih watak aku bg watak syaf kat rita rudaini n watak firash kat adi putra..sb adi dia blh nmpk remaja dn dlm msa yg sama nmpk matang

    ReplyDelete
  25. Ok je gandingan dua2 pelakon tu...yg tak bestnye kena tunggu sampai jumaat br dpt tgk. Takleh ke buat tiap2 mlm jam 9. Kami ni kerje jam 9 br dpt duduk depan TV. Hrp tv3 kesian kat kami ni pelanggan tetap lg setia...

    ReplyDelete
  26. aku dah lama tak de minat giler ngan hero malaya yang muda,lepas asyraf muslim dah tak berlakon, tapi izzue Islam memang hensem lagi2 kalau rambut dia hitam takde color perang.

    ReplyDelete
  27. sepatutnya NADIYA NISAA jadi HEROIN draama ni ,NADIYA NISAA HEROIN PALING CANTIK JELITA DAN PALING HEBAT KAT MALAYSIA LAYAK SGT2 DIGANDINGKAN DGN HERO KACAK TAMPAN DAN MUDA.......

    ReplyDelete
  28. tak cantik pown nadiya nisaa tu,

    ReplyDelete
  29. good. hero dgn heroin dia mmg sesuai sangat. x sabar nak tunggu citer ni dari ep ke ep...

    ReplyDelete
  30. ak dh lama x mnt dgn mana2 plakon laki kt malaysia ni, dulu adela ammar ashraf. skang ni dh lbh mnt kt izzue islam plak. terutama lps dia brlakon citer ssid ni..

    ReplyDelete
  31. x sbr rasanya nk tngok episod akhir..mesti gempak kan3???

    ReplyDelete
    Replies
    1. taw x pe,lgy2 pelakon dye izzue islam(firash arsyad) dgn tiz zaqyah(syafa aqira)..sesuai sngat2

      Delete
  32. KAN BAGUS KALAU KAT TV TU ADE BUTTON PILIH PELAKON... APE-APE PUN SAYA SUKA TIZ ZAKIAH AND IZZUE ISLAM... HARAP-HARAP ADA LAGI GANDINGAN MERAKA BERDUA...

    ReplyDelete
  33. tiz zaqyah,izzue islam & this drama is totally awesome! drama adaptasi plg menjd utk thn 2013

    ReplyDelete
  34. gandingan yg mantap..sgt2 sesuai..watak menjd..

    ReplyDelete

yang tukang komen.terima kasih banyak2.mohon diletak nama