join admya di FB

Watak-watak dalam Juvana

Drama juvana berjaya menarik minat ramai penonton sehinggakan ada yang sanggup tak kemana mana malam Isnin sebab nak tengok drama nie.So apa kata kita kenal watak-watak penting dalam juvana.
Lencana sekolah wira bakti






Peta sekolah wirabakti

Watak-watak dalam Juvana.


Watak-watak dalam juvana
Episod akhir Juvana

Daim Yahya - "Aku tidak terperangkap selamanya"
 Kes Bunuh


Remaja pendiam berumur 17 tahun yang dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah ke Pusat pemulihan akhlak wira bakti atas kesalahan  membunuh ibu  dan teman lelaki ibunya. Mangsa buli kepada pelatih lain yang diketuai oleh Botak.Berkawan rapat dengan Apek dan disukai oleh Nadia(anak makcik kantin).Banyak mendapat bimbingan daripada cikgu zakiah untuk membina semula keyakinannya.
 Ending - Akhirnya Daim terbukti tidak bersalah dengan Kedah sebagai saksi.Kembali ke sekolah wirabakti selepas 10 tahun sebagai guru.

NAMA: Mohd Zahiril Adzim Mohd Mukhtar

TARIKH LAHIR: 23 Januari 1984

USIA: 27 tahun

ASAL: Taiping, Perak

KERJAYA: Pelakon

PENDIDIKAN: Diploma Teater (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan)

FILEM: Kami The Movie, Karaoke, Gadoh, Ada Sesuatu Yang Tertinggal, KLIP3GP, Tolong Awek Ku Pontianak, Senjakala, Bunohan

DRAMA: Merah Puteh, Ghost 2, Jidin, ABAM, Waris, 100 Harijadi, 6 Progresif dan Juvana.

PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Festival Filem Malaysia ke-22)

blog zahiril   : http://zahiriladzim.blogspot.com/


Cikgu Raja - Tanpa Disiplin,kamu sama seperti binatang

Warden sekolah yang tegas dan tidak hiraukan keadaan Daim yang dibuli oleh botak.Beliau juga mempunyai ego yang tinggi dan percaya apa yang beliau lakukan adalah untuk kebaikan penghuni asrama. Tidak suka akan Cikgu Zakiah kerana baginya asrama lebih memerlukan pengawal berbanding guru. Semangat sebagai bekas tentera masih menebal dalam dirinya.

 Ending- Ditangkap polis.Mastermind dalam penyelewengan wang sekolah

NAMA: Nasrul Suhaimin Saifuddin

NAMA KOMERSIAL: Bront Palarae

TARIKH LAHIR: 27 September 1978

USIA: 32 tahun

ASAL: Alor Setar, Kedah

KERJAYA: Pelakon, penulis skrip, pengacara, pengarah dan penerbit

FILEM: Lang Buana, Man Laksa, Castelo, Bilut, Tipah Tertipu, Dukun, 1957: Hati Malaya, Anak Halal, Akhirat, Kala Malam Bulan Mengambang, Setem, Remp-it V3, Belukar, Hanyut, Ombak Rindu, Kongsi, Sekali Lagi, Bunga Lalang, Bara Jiwa dan dua filem antarabangsa Quattro Hong Kong 2 (China) dan Liberating Soul (Jepun).

DRAMA: Mat Nor Kusyairi And The Velveboys, Dengan Nama Cinta, Rumah Itu Duniaku, Garisan Takdir, Cinta Tsunami, Cinta Secangkir Kopi, Sindarela, Rona Roni Macaroni, Senandung Malam, Tower 13, Tangkal Besi, Bunga Rampai Musim Tengkujuh dan Juvana

PENCAPAIAN: Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 (2010)


Cikgu Zakiah- Memang dah lama saya nak mengajar di Sekolah juvana.



Seorang guru  yang baik hati dan bercita-cita tinggi.Cikgu Zakiah  ditawarkan untuk menjadi guru kaunselor di asrama wira bakti.Teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Banyak  membantu, membimbing dan mendorong Daim untuk lebih berani dan berkeyakinan. Walaupun berasal daripada golongan berada,Cikgu Zakiah tidak malu untuk menjadi guru berbanding ahli keluarganya yang lain yang berjawatan hebat.
 Ending- Berjaya membantu Daim bebas dan membongkar segala muslihat warden raja.

NAMA: Izreen Azminda Aznam

TARIKH LAHIR: 30 Ogos 1985

USIA: 25 tahun

ASAL: Kangar, Perlis

KERJAYA: Pelakon

AKADEMIK: Diploma Kewartawanan Integratif dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)

FILEM: Nana Tanjung 2 dan Otai

DRAMA: CID 3278, Gerak Khas, Atiqah Najwa 2, Dilema Wanita, Air Mata Maria, Pasrah, Pria, Bella, Gila Auto Cinta, Apa Kata Cinta, Sedetik Aku Berpaling dan Juvana.

PENCAPAIAN: Tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja 2005/2006

Botak- Nama aku Botak la,sapa lagi


Kes: Mencederakan orang hingga parah
Botak ialah seorang remaja berusia 17 tahun, anak luar nikah yang menjadi mangsa dera bapa yang kaki botol. Akhirnya Botak jadi suka memberontak dan membuli.  House Captain Asrama dan mempunyai pengikut-pengikut dalam asrama.Suka membuli Daim dengan sering mencederakannya.Tambahan pula, Daim diminati Nadia,perempuan kesukaan Botak.Ini menambahkan kemarahannya kepada Daim.Banyak dipengaruhi oleh Ayam. Walaupun tidak menyukai Cikgu Zakiah namun,sedikit sebanyak kata-kata cikgu Zakiah berjaya memberi kesan kepada Botak untuk berubah.Disebabkan itu,Botak mula hilang sokongan pengikut-pengikutnya yang lain.

Ending- sekali lagi ditangkap kerana mencederakan Daim. Terpengaruh dengan hasutan warden Raja


Nama : Johan Ariff Asari


Umur : 25 tahun

Asal : Pulau Pinang

Pendidikan: Diploma Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), pernah mendapat pendidikan kelas tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia

Apek - Ini baru pergi sekolah budak jahat,belum penjara, senyum sikit!

Kes: Menipu orang ramai dengan menyuruh menyerahkan duit.
Kawan baik Daim.Bekas pelarian asrama wira bakti.Tahu selok belok asrama. Sering membantu Daim apabila dibuli oleh Botak.Dimasukkan ke asrama kerana selalu menipu orang.Dalam episod minggu lepas,diceritakan Apek mempunyai seorang ibun yang sakit,dan seorang adik lelaki.Oleh kerana kos perubatan ibunya mahal,kerja sebagai mekanik tidak cukup untuk membeli ubat ibunya.Lalu,Apek menggunakan pelbagai taktik bersama adiknya untuk mendapatkan wang.

 Nama :Syazwan Zulkifly
Umur : 24 tahun.
Graduan Kolej Multimedia TM
Antara drama lakonan: Gemilang
 Facebook syazwan

Komeng

Kes: Mencederakan abang sendiri
 Nama sebenar Ain Abdullah.Paling ditakuti oleh penghuni asrama kerana beliau akan mengamuk jika ada yang menimbulkan kemarahannya.Sebenarnya,Komeng adalah anak yang ditinggalkan di depan pintu rumah dan dibesarkan oleh ibu angkatnya.Apabila ibu angkatnya meninggal dunia,abang angkatnya menghalaunya dan sering mengatakan komeng bukan anak ibunya.Ini menyebabkan Komeng marah lalu cuba mencederakannya.Oleh kerana takut dibuli,Komeng terpaksa menjadi bengis agar tiada siapa akan membulinya.Sering menyebelahi Daim dalam diam. Kira luar nampak ganas,dalam baik.

Ayam-  Kat sini ada 3 perkara  korang boleh jadi Taiko,Balaichi,Jambu,so pilih ar"
Kes: Buang bayi 


 "Kawan baik" Botak.Ayam kelihatan tidak begitu jahat tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang pandai memanipulasi keadaan.Oleh kerana bimbang dibuli,dia banyak mengawal Botak hingga Botak tidak sedar dia sebenarnya dipergunakan oleh Ayam.Ayam akhirnya bertekad untuk berubah dan mula rapat dengan Daim hingga dicemburui Botak.Kini Ayam,Apek,Komeng, dan Daim menjadi sahabt baik.

Nama sebenar  : Adam Shah
Umur: 30 tahun
Asal: Melaka
 Facebook adam shah

Kicap 

Kesalahan Mencuri
Anak tunggal dalam keluarga,Kehilangan ayah yang dikasihi menyebabkan Kicap menjadi tidak terkawal dan mula meragut dan mencuri.Mempunyai ibu yang sangat sayang kepadanya namun beliau amat membenci ibunya kerana padanya Ibunya adalah penyebab kematian bapanya.

Kedah
"Kalau ampa brani mai lawan aku sekoq sekoq",

Dilakonkan oleh Fimie Don.Budak utara yang dimasukkan ke asrama Wirabakti kerana kesalahan mencuri.Boleh tahan gak mulut si Kedah nie.Orang utara kata "capoi"..Watak Kedah belum dijelaskan dalam drama.Tapi Kedah selalu sahaja cari pasal dengan Botak,ada sahaja yang menyebabkan Botak berang.Dalam satu episod,Kedah diikat di pokok dan dibelasah.Tapi dia memang jenis yang tak serik.Antara dailog Kedah ,

" Oi telinga capang la , kalau x da antena nanti mai pinjam telinga"

Konflik antara Daim dan Kedah bermula,Kedah dituduh pembunuh oleh ibunya oleh Daim.Namun sebenarnya,Kedah adalah saksi kepada kejadian tersebut.

  Cikgu Arifin  Beto Kusyairy

 Timbalan warden dan guru Pertanian asrama wirabati. Berumur 29 tahun.Seorang guru yang tidak supportive.Tidak menyukai Cikgu Zakiah kerana baginya asrama seperti wira bakti tidak memerlukan guru perempuan. Telah bercerai dan mempunyai anak, dan mengimpikan tapak semaiannya sendiri.Luar ganas tapi dalam hati ada taman..haha. Tidak menyukai Cikgu Zakiah kerana pengalaman silam,bekas isteri meninggalkannya kerana lelaki lain.Baginya semua perempuan sama sahaja.
 Ending- Rupanya Cikgu yang baik hati.

Cikgu Azmee ( Irfan Roslan)

Cikgu yang baik hati dan disukai pelajar.Guru mekanikal di asrama wirabakti.masih bujang namun sama seperti cikgu Arifin enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.Namun sering membantu pelatih dan Cikgu Zakiah.
  Ending -  Cikgu baik bertukar menjadi Cikgu Jahat.Rakan subahat Warden Raja

Gaban
 Kes: Berlumba di Jalan Kenanga
Nama: Azizan Bin Shafik.16 tahun



Cari mereka di FACEBOOK.

Botak - Johan Asa'ri


Kicap - Farzeril

Gaban - M. Shafiq Ikmal

Fit - Shukri Yahaya

Panjang - Idzham Ismail


Gajah - Riki Rikando Idris

Komeng - Mohd Khairul Kamal (komeng pun sama)

Geng Juvana

Comments